Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

Novel 1: Saya Sayangkan Abang Nadzri - Bab 2


Chapter 2
6 tahun selepasnya
Bilik pembedahan masih lagi tidak terbuka-buka. Entah kenapa lama sangat kali ini. Nadzri sudah cerah peluh ke hulu ke hilir di hadapan bilik ICU tersebut. Panik. ‘Kenapa lama sangat ni?’ Dia benar-benar resah menunggu di luar.

            Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan terbuka. Kelihatan seorang doktor menghampiri Nadzri. Belum sempat doktor tersebut bernafas, berdas-das Nadzri bertanyakan doktor tersebut.
“Macam mana doktor? How’s my wife? Semuanya okay ke? Doktor, macam mana?” Nadzri benar-benar tidak sabar.
Calm down, En.Nadzri. She’s fine. Dia selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah!”

            Nadzri memanjat doa, syukur. Nadzri segera masuk ke dalam bilik tersebut setelah diberi kebenaran oleh doktor. Safi masih lagi tidak sedar, terbaring di atas katil putih. Anak lelakinya Nadzri terletak di dalam katil bayi di sisi Safi. “Thank you Safi. Thank you so much.” Kata Nadzri sambil mengangkat anak lelakinya itu, dibantu oleh jururawat di situ lalu azan di telinga insan kecil itu.

            Setelah seketika bersama isteri dan anak lelakinya, Doktor Rashid memanggil Nadzri ke biliknya. Nadzri masuk dengan wajah yang riang. “Ya doktor, ada apa?” Mahu tak mahu, doktor tersebut terpaksa memberitahu berita buruk kepada Nadzri. “Encik Nadzri, there’s one bad news mengenai isteri awak.” “What? Apa dia?” Nadzri tertelan air liur. Risau. “Well, dia dah operation untuk kali ketiga. And I’m sorry, she can’t pregnant anymore after this. Kami terpaksa ikat rahimnya kalau tidak ia akan membahayakan Safi.” Nadzri tunduk, bingung untuk membuat keputusan.

            Muhd Qayyum sudahpun mula merangkak, Along dan Angah suka melihat telatah adik lelaki mereka. Begitu juga dengan Safi. Namun, disebalik keseronokan bersama-sama Qayyum atau gelarannya Adik, Nadzri selalu sibuk di pejabat. Sentiasa ada outstation. Safi faham, tentu suaminya mahu mencari duit lebih buat keluarga kerana kini mereka sudah mempunyai tiga orang anak. Tentu juga perut makin bertambah untuk makan. Baju pula tentu banyak yang mahu dibeli.

So, kita dinner malam ni?” Tanya Rina, setiausaha Nadzri.
“Of course dear.”
            Tidak disangka, kebaikan isterinya itu tidak dihargai. Nadzri telah berlaku curang kepada Safi. Dalam senyap-senyap, Nadzri bercinta dengan setiausahanya sendiri, Tasya Marina.
            Sementara Qayyum tidur di buaian, Safi mengambil kesempatan itu untuk menelefon suaminya. Tatkala itu, Nadzri sedang berbual rancak dengan setiausahanya di pejabat. Melihatkan nama isterinya tertera di skrin telefon bimbitnya, dia berdengus.
“Why darling?” Tasya tergedik-gedik di sisi Nadzri.
“Apa lagi, wife I tu. Kejap ye, I angkat call dia.”
“Ala, tak payahlah. Kalau dia tanya you balik nanti, cakap ajelah you ada meeting.”
Okay then. I silent phone kejap.”

            Nadzri mengikut kata-kata setiausahanya itu. Tasya tersenyum. Mereka kembali berbual mengenai kisah percintaan mereka. Safi hairan, selalunya Nadzri akan mengangkat telefon. Namun kali ini lain pula jadinya. ‘Meeting kot.’ Tanpa dipedulikan perasaan ingin tahunya, Safi pergi menjenguk bilik Along dan Angah. Dia tersenyum melihat Along dan Angah sedang ralid membuat kerja sekolah.
“Mama, tengok Angah lukis. Cantik tak?” Tanya Angah apabila tersedar akan kehadiran ibunya di bilik.
“Wah, cantiknya! Angah lukis apa ni?”
“Mama, papa, Along, Angah dengan Adik. Alamak, terlupa nak lukis Kiki.” Angah lincah berbicara.
“Along buat apa tu?” Safi menoleh ke arah anak sulungnya pula.
“Cikgu Hawa ajar nombor 1 sampai 10. Along nak buat latihan.”
“Pandai anak mama. Dah habis kerja sekolah nanti, turun makan ya. Mama masak mee goreng.”
Okay! Yay, mee goreng!”
            Semangat Angah membuat kerja sekolahnya mendengarkan ibunya masak makanan kegemarannya. Begitu juga Along. Safi mengusap-usap rambut kedua-dua anaknya itu lalu menuju ke bilik tidurnya untuk melihat jika anak bongsunya itu terjaga.

            Tepat pukul 6, kereta Honda Nadzri sudah berada di halaman rumah. Menyedari kepulangan suaminya, Safi seperti biasa mendapatkan Nadzri di pintu. Beg jinjing diambil, kot hitam juga ditanggalkan dari badan suaminya itu.
“Abang, malam ni Safi ingat nak ajak abang pergi makan malam kat luar dengan budak-budak ni. Dah lama diorang tak makan kat luar sama-sama.” Tanya Safi. Langkah Nadzri terhenti. “Abang ada dinner dengan client malam ni. Lagipun awak masakkan elok, makanan luar tu apa yang eloknya. Dah, abang nak pergi mandi.” Nadzri laju menuju ke bilik. Safi terdiam. Along dan Angah yang dari tadi menjenguk dari bilik excited menunggu jawapan ayah mereka, masam mencuka lalu mendapatkan ibu mereka di hadapan. “Mama, kita tak jadi keluar ke?” Along laju bertanya kepada ibunya. Safi memeluk Along dan Angah. “Papa ada kerja malam ni. Takpe, mama masak makanan favorite korang nak? Apa dia?” “Mee goreng!” Lantas Along dan Angah menjawab serentak. Mereka kembali ceria. Safi senyum dalam sedih. 

Bersambung...

No comments: