Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

Novel 1: Saya Sayangkan Abang Nadzri - Bab 4


Bab 4
9 tahun selepasnya (Hari Jadi Adik)

“Ye, I tahu. Tapi nak buat macam mana, hari ni hari jadi anak I. You gila ke I nak tinggalkan rumah sekarang. Nanti apa pulak isteri I syak?!”

            Safi mengerut dahinya. Aku nak syak apa? Kenapa abang nak tinggalkan rumah pulak ni? Banyak persoalan bermain di fikiran Safi. “Memang I sayangkan you! I...”

PRANG!
            Begitu pantas masa berlalu, kini sudah terbongkar rahsia Nadzri yang selama ini Safi cukup bersabar dengan perubahan sikapnya itu. Rupa-rupanya Nadzri sudah mempunyai kekasih lain yang juga merupakan isteri kedua Nadzri. Safi amat kecewa apabila mengetahui perangai suaminya itu.

“Mama, bila kita nak balik rumah?” Along bertanya sewaktu Safi menyapu di halaman rumah ibunya. Dia terdiam mendengar pertanyaan anaknya itu. Tidak tahu apa yang mahu dijawab.
“Mama! Bila kita nak balik rumah? Mama!”
“Sabarlah sayang. Kat rumah opah kan best, ada padang besar. Along boleh main basikal dengan Angah.”
“Ala, Along nak pergi sekolah. Ada banyak kawan.”

            Air mata lantas mengalir di pipi Safi. Tubuh kecil Along dipeluk erat. Dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, namun hatinya remuk kerana suaminya. Ego menghalang Safi pulang ke rumah. Sudah berkali-kali Nadzri menelefon Safi, namun sengaja Safi tidak mengangkatnya.

“Safi, mari naik. Bawak Along dengan Angah sekali. Dah nak hujan tu.”
            Along dan Angah segera naik ke atas rumah. Safi terpaku di halaman rumah. Titisan air hujan mula membasahi tudungnya. Semakin lama, semakin lebat. Begitu juga dengan air matanya. ‘Abang kejam! Abang dah tak sayangkan Safi! Mana janji abang sewaktu kita bernikah dulu?’ Desak hati kecilnya. Sekali lagi suara ibunya kedengaran memanggil Safi, barulah dia sedar. Air mata dikeringkan segera.

            “Buatkan abang teh o panas.” Nadzri melabuhkan punggungnya di atas sofa. Tasya segera ke dapur mengikut kata-kata suaminya itu. “Ni bang.” Tasya menghulurkan cawan kepada kekasihnya itu yang kini sah bergelar suami. Lengan Nadzri dipicit perlahan. “Abang, kenapa ni? Monyok aje? Ada masalah ke kat office?” Tanya Tasya risau melihatkan wajah suaminya yang murung. Nadzri menggelengkan kepalanya. “Safi...dia dah larikan diri dari rumah. Dengan anak-anak abang.” Keluh Nadzri. Tasya senyum sinis mendengarkan kata-kata suaminya itu. “Baguslah tu bang. Senang sikit abang nak ceraikan dia. Kan?” Nadzri laju menoleh ke arah isteri keduanya itu. Dia meneguh air liur. Cerai? Aku ceraikan Safi? Tak. Tak mungkin. Tidak pernah terlintas di hati aku untuk melepaskan Safi. Bisik hatinya, menafikan kata-kata Tasya.

            Tasya menoleh ke kiri, ke kanan, juga ke belakang. Dia mahu pastikan tiada siapa-siapa mengekorinya. Malik sudahpun berada di lorong gelap itu, tempat perjanjian antaranya dan Tasya. “Hello baby!” Tegur Malik, mahu memeluk wanita di hadapannya itu. “Oit! Kalau ye pun, tak payahlah nak peluk. Aku dah jadi isteri orang. Bodoh!” Ditonjolnya kepala Malik. Malik tersenyum. “Amboi, sedapnya panggil aku bodoh. Isteri orang konon. Selama ni duduk bergesel-gesel dengan aku tu, boleh pulak? Apalah.” Tasya tersengih seperti kerang busuk. “Dahlah. Mana habuan aku?” “Ish, adalah.” Tasya mengeluarkan sampul surat putih dari beg tangannya dan memberikannya kepada Malik. Malik mengeluarkan kandungan sampul tersebut. Duit sebanyak RM1000 terserlah. “Macam nilah bagus. So, tonight I belanja you. Kita pergi disco!” “Eleh, I punya duit jugak tu. Belanja konon.” Malik memegang erat pinggang Tasya lalu mereka menuju ke kelab malam yang tidak jauh dari situ. Malam itu, Tasya bergembira bersama Malik, kekasih dan juga partnernya.

            Nadzri di rumah kebingungan. “Apa yang patut aku buat?” Tanya dirinya keseorangan. Kata-kata Tasya petang itu memang tidak membantu langsung baginya. Akhirnya dia mendapat suatu idea lalu tersenyum. “Ya, esok aku mesti pergi sana. Aku pasti dia mesti ada kat sana!”

Bersambung...

No comments: