Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

The MOST Adventure Holiday

Kejap-kejap...Hahahihihuhu, aduh sengal perut aku ni. Belum apa-apa dah kena gelak.
Mana taknya, aku ni beriya-iya sangat before this pasal Sunway Lagoon. Rupa-rupanya oleh kerana masalah teknikal in some way, kitorang tak dapat pergi Sunway Lagoon. But...luckily ada perancangan lain.

Pagi Khamis, kitorang bincang punya bincang akhirnya decide nak ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Oleh kerana nak merasa naik pengangkutan awam kitorang bertolak awal (sangat la awal...11.30am baru gerak) ke LRT Ampang. Semua pergi except for my dad yang terpaksa bekerja. Dari Ampang kitorang ambik LRT ke Chan Sow Lin untuk pertukaran KTM. Ambiklah KTM dari situ ke Seremban. Tunggu punya tunggu, tepat 1.30pm barulah KTM datang. Tapi kitorang tak naik, my aunty kata itu nak ke Sungai Gadut (dia tulis kat depan) so kitorangpun takle naik. Perut my uncle dah lapar sangat, then tetiba dia tanya orang dalam KTM tu "Ni ke Seremban ke?" Orang tu cakap, "Yes." Tak pasal-pasal pintu pun tutup kitorang semua masih kat luar lagi. Dia sorang jelah yang dah bergerak dulu. Aduh, bukan sekejap menunggu KTM tu sampai lagi. Dah tunggu lagi, adalah dalam 40 minit lepas tu baru sampai lagi 1 KTM. Kitorangpun naik. Tup tup, sampai kat Kajang, "Harap maaf, masalah teknikal!" Aduh, kitorang pun tunggulah hampir 20 minit agaknya barulah dia gerak. Senang kata, SHIT! Hahaha...

Dah sampai Seremban dalam pukul 2 something, kitorang makan dulu. (Tak tahan ooo!!!) Makan-makan, dalam 3.10pm kitorang gerak ke stesen bas nak ke Port Dickson. Naik bas dalam pukul 3.15 baru gerak. Yang tak syoknye kat dalam bas tu, adik laki aku kena kacau dengan seorang mamat ni. Rasa ringan je tangan aku nak menumbuk. Dia dok sibok tanya adik aku macam-macam, adik aku angguk jelah. Aku bengang apa lagi sound lah dia, "Janganlah kacau dia!" Kebetulan lepas tu perhentian dia, selamat dia. Kalau lama lagi, dah lama lebam biji mata dia tu. Dalam bas tu bukan main lama kitorang duduk nak menunggu sampai ke destinasi, naik kematu bontot aku ni ha. Akhirnya dalam pukul 4pm barulah sampai ke stesen bas Port Dickson. Belum sampai laut lagi daa! Kitorang terpaksa naik teksi kalau tak, lambat lagilah nak tunggu bas. Kitorang naik teksi ke laut Batu 8. Lastly, around 4.30pm kitorang tiba di laut.

Yahoo! Apa lagi, aku dengan adik laki aku excited terus kitorang tukar baju and terjun laut. Huhu...masin nak mampos! Pahdulikan lah! Mandi-mandi, akhirnya kitorang diberi peluang naik Doughnut boat (boat tarik pelampung laju-laju tu) Gila! Aku rasa macam nak terbang tu! Tangan aku dah macam tak mampu nak pegang benda tu. Gila, kalau laju lagi mungkin aku dapat dijumpai lagi kot (tenggelam dalam laut). Then lepas turn kitorang bertiga, akak and mak aku pulak naik. Kesian makcik aku, dia tak dapat naik cause ade operation before this. Tapi hairan jugak aku, diorang punya macam sekejap je. Lepas tu, kitorang mandi lagi...dalam pukul 6.30pm aku dah keluar malas mandi dah, rasa senak. Then pergi tukar baju semua, tunggu diorang. Akhirnya ke bas stop pukul 8pm. Tahan satu teksi, dia kata bas dari Port Dickson semua nak ke Seremban dah habis.

What?! OMG!
Kitorang ingat nak balik malam tu jugak, but no...cancel plan balik malam tu! Bukan apa, LRT just sampai pukul 11pm. Tak sempat! Tapi plan kitorang macam plan 'keling' kot. Kejap nak stay, kejap nak terus...aku buat donno je, tak masuk campur. Karang bila aku masuk campur, tak pasal-pasal kena sound or something. Akhirnya kitorang pergilah stay di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Stay di sana setelah lenguh lutut berpusing satu Port Dickson cari tempat nak stay. (padahal dalam teksi je) Nak cari bilik punyalah payah. 1 building hotel tu kitorang berpusing-pusing, yang aku and kakak aku ni bajet dah jumpa bilik. Orang house keeping hotel tu dah cakap dah kat bawah, (taknak, degil!) Akhirnya malu kunci tak dapat bukak, no.bilik pun salah. Kitorang berlari turun bawah, uncle and adik-adik aku yang lain dah duduk macam orang bengong kat depan bilik sebenar. Hahaha...nak sangat adventure hari tu, memang Tuhan bagi ADVENTURE kat kitorang! Huhu... Malam tu, chit chat...gelak-gelak pasal semua yang terjadi hari tu.

Keesokan paginya bertolak balik ke stesen bus Port Dickson dengan teksi, then ke Seremban with bus CityLiner. Dalam pukul 1.30pm kitorang sampai di LRT Ampang. (Hujan lebat) Aunty dengan uncle bergerak balik ke rumah diorang. Kitorang ambik kereta and balik. Hahaha...

Itulah kisah yang paling menyenak perut kitorang. Macam-macam dugaan daa~ Tapi Alhamdulillah sampai jugak ke mana nak dituju. Gila kau! Lepas ni, nak holiday...adventure lagi! Diorang cakap nak ke Penang pulak naik pengangkutan awam...Aduh, OMG betullah! 

So, wait for our next adventure yang mungkin dalam MIMPI je! Aku dah seram nak naik transport awam ni...huhu.

P/S: Buat Lah, SELAMAT KAU TAKDE! BERNASIB BAIK KAU TAK MACAM KITORANG! PENAT GILA! Sunway Lagoon KONON!

No comments: