Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

Lurus Bendul ke Aku?

Saja singgah di blog sendiri. Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Uhuk-uhuk...nak kongsi lah sikit pengalaman hidup ni.

Nerd atau dalam Bahasa Melayu sama dengan lurus bendul. Dulu, nak cerita...aku ni mungkin dikategorikan dalam lurus bendul kot. Huhuu...Nak tahu sebab apa? Well, agak malu nak cerita tapi nak bagitau jugak korang semua. Hihii~

Time tuh aku baru darjah 5 tak silap, nak dekat raya mak dan jiran aku nak buat kuih raya kat rumah. So, aku pun busy lah menyibuk di dapur. Kononnya nak menolong. Nak jadi anak solehah lah katakan. Then, tengah mak aku buat tu buat ni...dia tetiba minta aku tolong ambik 'bata' kat luar dapur (bahagian belakang rumah). Aku pun apa lagi bergegas ke luar, then aku terfikir sejenak. "Apa mak aku nak buat dengan bata?" Tanpa mempedulikan persoalan tu, aku terus ambik bata 2 ketul lagi (berat tuh) and bawak masuk.

Apa lagi, bila mak and Cik Yah tengok aku bawa bata, tergelak besar diorang sampai tertonggeng-tonggeng. Aku confius, apa halnya gelak? Rupa-rupanya aku tersalah ambik 'bata'. Maksud mak aku tuh, 'butter' yang dia cairkan kat luar tuh bukannya 'batu-bata'. Opss...hihii, silap aku. Dengan buat muka selamba, aku letak balik 'bata' dan ambik 'butter' masuk.

Itulah kenangan 'lurus bendul' yang masih jelas di ingatan aku nih. Actually mak aku kata banyak benda aku buat time kecik dulu berkaitan dengan 'lurus bendul' but then, ingatan tak berapa kuat.

Oh ya, ada lagi kenangan tapi bukan berkaitan dengan tajuk entry ni, but 'degil'. Hihii... Sejak kecik, aku memang degil. Time tu aku baru darjah 3 kot. Mak aku dah pesan, takde sesiapa boleh ikut diorang pergi pekan. Tapi aku senyap-senyap buat plan.

Mak aku bersiap then masuk dalam kereta, sementara tu abah aku dah memang siap start enjin kereta bagai. Bila mak aku pergi kat kereta, abah tersengih-sengih macam kerang busuk. Mak aku hairan, kenapa? Bila tengok kat seat belakang, rupa-rupanya aku dah standby dengan adik no.4 (time tuh usia dia baru 1 tahun kot)...senyap je kitorang.

"Jangan mintak apa-apa! Faham!" Itulah pesanan mak yang terpaksa bawak kitorang. Aku setuju. Perjalanan kat pekan, aku sentiasa dukung adik aku tuh. Tak mintak apa-apa pun. Senyap gila. Yang paling menghairankan tuh, entah macam mana aku deal dengan adik aku tuh sampai dia pun senyap je, tak berbunyik langsung. Dia kecik lagi kot.

Uhuk-uhuk... Macam-macam! Itulah kenangan time kecik dulu, bila teringat...mesti nak gelak. Oh ye, nak tanya korang; "Am I still 'lurus bendul' sekarang?"

2 comments:

iLa VaNiLLa said...

kadang2 lurus bendul tu bagus yaw.. :D

Angah Jaidaa said...

@iLa VaNiLLaYe ke? Oh, lau gitu bagus gak...hihii