Selamat tengah hari semua! Haha...jangan nak lunch pulak ye di tengah hari berpuasa ni. Hari ni aku rasa agak lemah bila bercakap pasal kawan. Well, kawan-kawan aku no hal...dorang sume okay aje. But then, sejak aku di rumah ni, jangan beranganlah nak hang out dengan diorang secara realiti (means: face to face). Kitorang chit chat sekadar di Facebook takpun enset aku yang old school tu. Asyik-asyik menaip di laptop atau menekan di handphone. Itu aje agaknya yang layak untuk aku ni.
Sebab tu, jangan marah bila aku asyik online 24/7 aje. Kerana mencari ketenangan dan kawan-kawan di dunia maya ni ha. Terima kasih!Aku dah le tak ramai kawan, aleh-aleh nak jumpa pun bukan main susah lagi. Mungkin sebab itu orang kata diorang suka bila tengah study tak kiralah kat universiti atau sekolah time dulu-dulu. Kan?! (Bagi orang yang senasib dengan aku lah)
Kalaulah aku ada rumah sendiri, kereta sendiri, alangkah gembiranya aku. Tak payah susah-susah nak minta orang tua aku hantar aku kat mana-mana. Bolehlah aku kerap jumpa kawan-kawan aku di dunia realiti ni.p/s: Sebab itu aku rasa nak berkawan dengan abang Jep! Dia kelakar, buat aku tersenyum. Aku rasa mesti hidup aku ceria sangat bila dia jadi kawan aku. :'( Sedihpun tak guna aku ni...coz inilah hidup aku sekarang.
No comments:
Post a Comment