Subhanallah... Kalau dah tak nak buat tu, tak payah le nak buat (buat hancus pulak tu.) Tak baik betul! Geram aku! Pagi tadi, tetiba ayah aku balik dari kubur opah aku (coz nak tengok orang tu buat kubur opah aku macam mana). Coz kesnye... macam gini ceritenye:
Orang yang buat batu keliling kubur tu dah tersalah buat, dia letak batu nisan orang lain kat kubur opah aku. Jadi, dia kenalah tukar. Bile ayah aku tanye berapa upahnya, dia kata takpe, free. Then kitorang pun tak kisahlah. Tu la pagi tadi ayah aku tengok, macam mana orang tu buat. Ayah aku bengang. Kubur opah aku okay, batu nisan semua lengkap dah. Tapi kubur yang dia salah pasang hari tu, diletak aje batu-batu tu macam kerja takde tangan. MasyaAllah... Tolonglah! Dia main letak aje.Aku betul-betul tak faham, kenapa sanggup orang buat macam tu kat kubur orang. Dah kerja awak tu, buatlah cara bekerja dengan betul. Entahlah, mungkin orang tu tak rasa lagi ada kubur dia agaknya. Kalau dah ada esok, baru dia ingat agaknya. Subhanallah.
Petang tadi, kitorang pergilah melawat kubur opah. Ingat nak betulkan kubur sebelah tu, tapi susah coz kena ada simen sume baru boleh buat. Adalah seorang hamba Allah yang juga merupakan orang yang buat simen, batu sume tu. Jadi, ayah aku minta tolong orang tu buatkan.
Aku cuma berdoa agar orang tu buat kerja dengan ikhlas. Ayah aku dah bayar dia, jadi tengoklah pada keikhlasan dia macam mana. Jujur atau tidak. Semoga semuanya okaylah. Amin.p/s: Kepada sesiapa juga aku ingatkan pada diri aku, jika buat sesuatu itu biarlah ikhlas dari hati. Jangan kerana puasa, semua kerja dibuat dengan remeh. Allah tahu segalanya.
No comments:
Post a Comment