Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

Novel 1: Saya Sayangkan Abang Nadzri - Bab 1


Bab 1
9 tahun sebelumnya
“Aku terima nikahnya Nur Safiyyah binti Bakar dengan maskahwin sebanyak seratus satu ringgit tunai.”
            Begitu lancar Nadzri melafazkan nikah di hadapan kadi. Semua saksi telah mengesahkan pernikahan mereka. Mata bertentang mata, Nadzri dan Safi masing-masing mengukir senyuman di wajah mereka. Ibu bapa kedua-dua mempelai bersyukur dan mendoakan kebahagiaan anak mereka. Begitu juga saudara-mara yang menziarahi.

“Alhamdulillah. Selesai juga semuanya.” Nadzri memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Setelah sibuk melayan keluarga di ruang tamu, Nadzri mendapatkan isterinya di bilik tidur.
“Assalamualaikum.”
            Safi kelihatan malu-malu bersimpuh di atas katil. Nadzri tersenyum. “Waalaikumussalam.” “Akhirnya kita sah menjadi suami isteri kan, Nur Safiyya Bakar?” Safi mengangguk tanda setuju. “Betul tu, Mohd Nadzri Zainal Abidin.” Nadzri mengucup dahi Safi, bersyukur memiliki wanita yang dicintai.

            Tak lama selepas Nadzri dan Safi dihijab kabulkan, mereka ke Korea untuk ber’honeymoon. Safi sudah lama teringin ke Korea, semenjak dia dibangku sekolah lagi kerana terpana dengan kecantikan banyak tempat di sana di dalam drama cinta di televisyen.
“Abang, terima kasih sebab sanggup bawa Safi ke sini.” Safi tersenyum sambil memeluk pinggang suaminya, menikmati pandangan malam Seoul, Korea dari bilik hotel. Nadzri turut tersenyum. Tangannya juga ringan diletakkan di bahu Safi. “Abangkan suami Safi. Abang sanggup lakukan apa saja demi Safi, satu-satunya isteri abang yang tercinta. Itu janji abang sayang.”

            Setelah seminggu berada di negara asing, Nadzri dan Safi segera pulang ke tanah air. Ibu bapa mereka dijengah terlebih dahulu sebelum kembali ke rumah banglo mereka di Kuala Lumpur.
“Dah balik anak mak ye?” Puan Maimon pantas melepaskan penyapu di halaman rumah sejurus sahaja melihat Safi pulang ke kampung. Encik Bakar turut tersenyum mendapatkan anak dan menantunya.
“Hah Nadzri, kamu sihat? Macam mana kamu berdua di sana? Seronok?”
“Ala, abang ni. Si Safi ni kan teringin sangat nak ke Korea tu, dah tentu-tentu seronok. Ye dak anak mak?” Puan Maimon mengusap kepala Safi. Safi tersengih.
“Dah tentulah mak.” Safi teringat akan hadiah yang dibeli olehnya, lalu segera membuka pintu kereta. “Oh ya, mak, abah. Ni ha, Safi ada beli hadiah untuk mak dan abah. Buah tangan.” Kata Safi sambil menghulurkan dua buah kotak sederhana besar.
“Ya Allah, buat susah-susah aje kamu ni.”
“Eh, apa susahnya ayah. Saja beli buah tangan sikit untuk mak dan abah.” Sampuk Nadzri.
“Dah, apa lagi tunggu. Moh naik ke atas rumah, dah nak maghrib ni. Maknya, buatkan air untuk anak dengan menantu ni ha.”

            Puan Maimon segera naik ke atas rumah, lalu terus menuju ke dapur. Safi turut meminta diri untuk menolong ibunya. Encik Bakar dan Nadzri juga naik ke atas rumah.

Bersambung...

2 comments:

p. f said...

amboi kemain buat novel skang. hahahhaha. gatayyy ade scene honeymoon. hahaha

Miss Jaidaa said...

of coz la...huhu...
rajin2 le baca ye! hehe