Just Nice of Me

My photo
I was born to be talkative, suka amek gambar dan berhibur. Suka terbang di awan, suka berenang dalam lautan. Suka juga menjadikan pelawak sebagai penghibur hati. Tak OK...just nice!

Novel 1: Saya Sayangkan Abang Nadzri - Bab 3


Bab 3

Nadzri pegang erat tangan Tasya. Tasya mengukir senyuman. Lantas mengatakan niatnya. “Sayang, kan you dah janji I sesuatu.” Nadzri mengerut dahinya, cuba mengingati janji kepada kekasihnya itu. Tasya menjuihkan bibirnya. “Ala, you ni. Takkan you dah lupa? You kan janji dengan I yang you nak kahwin dengan I.” Tasya mengosok manja lengan Nadzri. Nadzri tersengih. “Mestilah I ingat, mana boleh lupa.” “Dah tu, apa you tunggu lagi, jomlah kita kahwin.” Membulat mata Nadzri mendengar kata-kata Tasya yang tergesa-gesa. “Kalau ye pun, you kena sabar. I kena minta permission dari my first wife dulu. Baru kita boleh kahwin.” Pujuk Nadzri supaya Tasya bersabar. Sememangnya sukar buat Nadzri untuk meminta persetujuan Safi akan pernikahan keduanya itu, kerana perkara itu tidak pernah dibicarakan bersama. Malah, hubungan Nadzri dan Tasya adalah senyap-senyap tanpa pengetahuan isterinya.

Tepat jam 11 malam, Nadzri pulang ke rumah. Dia melonggarkan tali lehernya sambil memerhatikan sekeliling rumahnya. Fuh, lega. Semua dah tidur. Bisik hati kecilnya. Sedang Nadzri membuka stokinnya, kata-kata Tasya terlintas di fikiran. ‘Senang aje. Kalau you taknak dia tahu, you bagi je surat tu suruh dia sain. Pandai-pandailah you bagi alasan surat beli rumah ke, kereta ke,... yang penting, kita dah dapat sain dia.’ Senang benar kekasihnya itu memberi cadangan. Dia benar-benar gelisah.

“Lambatnya abang balik?” Safi menggosok-gosok matanya yang separa buka.
“Ish, awak ni. Kalau ye pun nak tegur saya, cuba bagi salam dulu.” Terkejut Nadzri mendengar suara isterinya di belakang.
“Maafkan saya abang, saya tak sengaja. Tapi, kenapa abang balik lewat?”
“Awak bukan tak tahu, saya ada banyak kerja. Nak jumpa client lah, meeting lah...macam-macam saya kena buat.” Nadzri bangun dari kerusi lalu menuju ke bilik tidur.

            Safi mengekori suaminya ke bilik tidur. Mungkin inilah masanya. Fikir Nadzri sejenak. Dia segera mengeluarkan kertas dan pen hitam. “Safi, ni abang perlukan sain Safi kat surat ni.” “Surat apa ni bang?” Tanya Safi mahu membaca surat tersebut. Nadzri takut. “Ala, tak payahlah awak nak baca. Bukan apa pun, surat koperasi syarikat abang. Dia nak sain orang kedua untuk pinjaman rumah kita dulu tu.” Nadzri lancar berbicara. Menipu. Safi hairan, “Eh, bukan Safi dah sain ke dulu?” “Entah, diorang nak lagi. Sain ajelah cepat, abang nak simpan. Esok abang nak terus bagi kat koperasi. Nanti lupa pulak.” Mahu tak mahu Safi segera membuka penutup pen, lalu menyain di atas surat tersebut. Terukir senyuman di wajah Nadzri. Lega.

            Safi sudah menyiapkan sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya. Along, Angah dan Adik sudah duduk di kerusi masing-masing, menunggu ayah mereka untuk makan bersama. Nadzri segera mengikat tali lehernya lalu menuruni tangga. Beg hitamnya di jinjing. Dia mahu segera ke pejabatnya.
“Abang, jomlah sarapan dulu. Safi dah buatkan abang...” Belum sempat Safi menghabiskan kata-katanya, Nadzri menyampuk.
“Takpe, makanlah dengan anak-anak. Abang nak cepat ni. Abang breakfast kat office ajelah.”

            Along dan Angah muncung sambil melihat ibu mereka. “Kejap lagi kita makan, pergi salam papa dulu.” Along dan Angah terkedek-kedek mendapat ayah mereka di pintu. “Papa, nak salam.” “Ish, tak payah. Papa nak cepat ni. Papa pergi dulu.” Laju Nadzri memasuki kereta. Tak sampai beberapa minit, keretanya sudah kabur dari pandangan anak-anaknya dan juga Safi. Safi mengintai dari dalam. “Mama, tak sempat salam papa.” Along berdengus. Angah laju berlari ke meja makan. Safi kecewa melihat perubahan Nadzri yang drastik itu. Semakin lama, semakin Nadzri tidak menghiraukan keluarganya di rumah. Sampaikan anak mahu menyalamnya sudah tidak sempat. Entah apa yang dikejar suaminya itu.

Bersambung...

No comments: