Prolog
“Abang! Ish, mana abang ni? Along, cari papa kamu kejap. Entah mana dia pergi, orang nak potong kek adik dah ni.” Safi gelisah. Adik menangis di bahunya, Angah pula asyik dengan laptop. Saudara-mara sudahpun memenuhi ruang tamu rumah Safi. Kek aiskrim di atas meja makan sudah mahu cair.
Along mencari papanya satu rumah, naik fed-up Along mencari. Alih-alih papanya di halaman rumah, sibuk dengan telefon bimbitnya. “Papa! Cepatlah! Mama dah nak mengamuk kat meja makan tu.” Mendengarkan suara Along, Nadzri segera mengakhiri perbualannya dengan seseorang di talian. “Okaylah, I ada hal ni. Lain kali kita cakap lagi.” Nadzri segera mendapatkan Along, anak gadisnya yang baru berusia 8 tahun itu. “Mama panggil ek? Okay, jom masuk.”
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Adik,
Selamat hari jadi.
Adik sudah berusia 3 tahun. Tapi pelatnya masih pekat. Adik, Muhd Qayyum merupakan anak ketiga Safi. Dialah satu-satunya anak lelaki Safi. Along, Nur Qalesha manakala Angah, Nur Qareena. Mereka masing-masing tersenyum ketika parti hari jadi Adik diadakan. Adik gembira mendapat banyak hadiah dari opahnya, papa dan juga mama.
Setelah parti tersebut selesai, saudara-mara beransur pulang. Along dan Angah menolong Safi mengemas ruang tamu mereka. Sekali lagi, Nadzri hilang. ‘Kenapa abang ni? Asyik-asyik hilang, tak boleh jadi ni.’ Safi hilang sabar melihat suaminya tidak ada semenjak parti hari jadi Adik tamat. “Along, Angah, tolong kemas kejap. Mama ada hal kejap ye.” Along dan Angah hanya mengangguk sambil menyambung kerja mereka. Safi menjenguk ke luar. Nadzri kelihatan di tepi kolam ikan sambil berbual di telefon. Safi senyap sambil mendekati suaminya itu. Tanpa disedari pasu bunga kaca dibawa bersama. Dia mahu mendengar perbualan Nadzri di talian, dengan siapakah yang kerap suaminya berbual itu.
“Ye, I tahu. Tapi nak buat macam mana, hari ni hari jadi anak I. You gila ke I nak tinggalkan rumah sekarang. Nanti apa pulak isteri I syak?!”
Safi mengerut dahinya. Aku nak syak apa? Kenapa abang nak tinggalkan rumah pulak ni? Banyak persoalan bermain di fikiran Safi. “Memang I sayangkan you! I...”
PRANG!
Safi terkaku mendengar kata-kata suaminya itu. Pasu bunga di tangan terhempas ke rumput. Kaca-kaca berderai. Nadzri terkejut mendengar bunyi tersebut lalu menoleh ke belakang. Dia terdiam melihat isterinya di belakang. Telefon bimbitnya segera dimatikan.
“Fie, abang... abang...”
“Tergamak abang curang dengan saya...” Air mata deras mengalir ke pipi. “Safi betul-betul tak sangka, tergamak abang buat kami macam ni. Maafkan Safi.” Tanpa berlengah, Safi segera berlari mendapatkan Adik, Along dan juga Angah. Nadzri masih lagi membisu, tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
“Along! Angah! Jom, jom ikut mak balik rumah nenek! Cepat, pergi kemas baju!” Safi mengarah anak-anaknya sambil mendukung Adik.
“Kenapa mama?” Along menggaru kepala.
“Jangan banyak tanya! Cepat!”
Beberapa minit kemudian, Safi dan anak-anaknya keluar menuju ke kereta Vivanya. Di saat itu barulah Nadzri sedar apa yang berlaku. Dia segera mendapatkan Safi di kereta.
“Fie, maafkan abang! Fie, awak nak ke mana ni? Tolonglah jangan tinggalkan saya. Fie, please!” Nadzri merayu.
“Sudahlah abang, Safi sedar siapa diri Safi. Mungkin Safi masih lagi tidak cukup sempurna buat abang. Maafkan Safi, biarlah Safi pergi dengan anak-anak. Selamat tinggal!”
Safi menghidupkan enjin keretanya. Pintu yang dihalang Nadzri tadi ditutup rapat. Sejurus saja gate terbuka, kereta Safi mulai lenyap dari pandangan mata Nadzri. Nadzri mengejar ke luar rumah.
“Safi! Maafkan abang...”
Biarpun sudah larut malam, Safi menguatkan dirinya membawa kereta menuju ke kampungnya di Ipoh. Dia hanya mampu memikirkan kedua-dua orang tuanya saja ketika itu. Adik sudah tertidur di kerusi sebelah. Along dan Angah masing-masing membisu, melihat satu sama lain. “Kenapa dengan mama, Along?” Bisik Angah yang baru berusia 7 tahun itu ke telinga kakak sulungnya. Along membuat isyarat, menyuruh adiknya senyap. Air mata Safi masih lagi bergelinangan. ‘Kenapa abang? Apa salah Safi?’
“Assalamualaikum! Mak oh mak! Abah!”
Safi mengetuk pintu kayu rumah ibu bapanya. Anak-anaknya berjalan perlahan mengikut belakang Safi. Puan Maimon menggosok-gosok matanya. “Siapa pulak yang datang malam buta ni? Waalaikumussalam! Kejap!” Sejurus saja pintu dibuka, Safi terus memeluk ibunya. “Mak!” “Astagfirullahalazim. Eh, apa kena dengan kamu ni Safi? Abang! Oh abang! Safi balik ni!” Kaki Safi lemah, dia terus terduduk sambil memeluk ibunya di ruang pintu. Ibunya menyabarkan Safi. “Mengucap nak, apa dah jadi ni? Hah, Along bawak Adik tu masuk. Angah masuk!” Encik Bakar terkejut melihat keadaan anaknya itu.
“Hah, apa kena dengan kamu ni Safi? Kalau iya pun masuk dulu, tutup pintu tu. Dah jauh malam ni. Along, Angah, bawak adik masuk bilik, pergi tidur.” Setelah Puan Maimon membawa Safi ke ruang tamu, Encik Bakar mengunci semula pintu kayu tersebut. “Beriya benar kamu menangis ni, apa ceritanya?”
“Abang Nadzri mak, dia... dia curang dengan Safi.”
“Astagfirullahalazim. Tak baik kamu cakap macam tu kat laki kamu.”
“Tak mak, Safi sendiri saksikan semuanya. Safi dengar, dia cakap dalam telefon dengan perempuan lain mak. Safi dengar!”
“Sabar-sabar. Mengucap nak, sabar ya.”
Puan Maimon melihat suaminya. Encik Bakar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Safi masih lagi memeluk ibunya, air mata tak putus-putus mengalir mengingatkan suaminya yang berlaku curang terhadapnya.
Continue...
No comments:
Post a Comment